Tuesday, January 20, 2009

Boss & Gelaran

Bagaimana rasanya bekerja di bawah manusia yang anda tidak suka. Tentu sukar rasanya. Itulah konflik terbaru yang perlu aku tempuh. Payah bagaimana sekalipun, kerja mesti tetap dilakukan.

Teringat tiga tahun lalu. Pertama kali bekerja selepas usai graduasi. Aku bekerja di sebuah syarikat yang di kira cukup besar juga. Kalau sudah begitu, tuntutan kerjanya juga melebihi daripada apa yang sepatutnya. Malah aku berikan komitmen 200% ketika itu. Sudahlah begitu, perlu bekerja dibawah naungan boss yang sangat garang dan kejam perangainya. Aku sifatkan garang dan kejam kerana, dialah satu-satunya pengurus yang paling ditakuti di syarikat itu. Sebut sahaja Mr Rajoo, siapa yang tidak kenal. Pelbagai gelaran yang tidak baik ada padanya. Semuanya gara-gara perangainya itu. Sudah pasti dia suka mengamuk tidak tentu pasal (meski disebabkan oleh satu kesalahan kecil), memaki pekerja (dengan kata-kata carut), mencari kesalahan setiap pekerjanya (sebagai modal untuk memaki dan mengherdik), tidak pernah mengakui kesalahan yang dibuat sendiri (akan menyalahkan orang lain disebabkan perkara itu), berlagak pandai dalam semua perkara (walhal tidak tahu langsung pun kerana tidak pernah ambil tahu tiap apa yang berlaku) dan bermacam perkara lagi tentang dirinya.

Malang sungguh aku. Dalam beribu orang yang berkerja di situ, aku diantara yang perlu bekerja dengannya. Kerjanya selalunya aku yang ambil alih, jika dia sibuk. Ada salah , aku lah orang pertama yang menerima hukuman itu (walaupun tidak ada salah tetap akan disalahkan). Begitulah setahun lima bulan aku disitu. Pengalaman itu cukup besar bagi aku. Bagaimana boleh bertahan untuk berkerja bersama manusia seperti itu. Bekerja dalam ketakutan dan stress. Aku angkat kaki disebabkan ada peluang berkerja ditempat yang lebih baik.

Hari ini aku menempuh perkara yang sama. Setelah bertahun berlalu, aku perlu bekerja di bawah seorang pengurus baru yang aku sendiri tidak berapa suka. Senarionya berbeza sedikit. Dia seorang perempuan, suka membebel, sangat bising di dalam pejabat, suka mengarah yang bukan-bukan, dan aku dengar suka cari gaduh juga. Pening juga aku bila begitu. Tidak tahu bagaimana cabaran yang akan datang. Aku fikir positif sahaja. Aku ketepikan segala permasalahan dan pandai-pandailah aku mengawal keadaan nanti. Kerja tetap kerja.

Moga semuanya baik-baik belaka nanti.

*Aku gelar Mr Rajoo ‘Anjing Hutan’ – Geram dan marah punya fasal
Harap-harap tiada gelaran untuk boss perempuan aku yang baru ini.

0 comments: