Thursday, October 23, 2008

Ego+Hipokrit

0 comments


Bagaimanakah caranya kita berhadapan dengan orang yang sangat ego dan hipokrit? Bagaimana pula jika orang itu adalah sahabat atau kekasih kita sendiri. Mesti sukar untuk terima akan sikapnya sebegitu. Aku pernah mengalaminya sedikit masa lalu. Setelah puas menahan sabar dengan karenahnya, aku mengambil sikap menjauhi diri. Yang pasti sudah tentu aku jemu dan mual dengan perangainya sangat menjelikkan itu.

Prinsip aku mudah. Jika melakukan kesilapan mohon maaf sahaja. Itu adalah lebih baik dari kita menipu dengan pelbagai alasan. Mahu lagi menegakkan kebenaran yang sudah pasti terang-terang kesalahannya. Ingin mempertahankan ego atau takut rahsia diri terbongkar? Sekali dua mungkin boleh, tapi selamanya begitu makan juga diri akhirnya.

Hakikatnya bila perkara ini kerap kali dilakukan, ianya menjadi kebiasaan dalam banyak hal. Manusia akan mudah menipu dan memperdayakan orang lain. Sudahlah begitu, mahu lagi mempamerkan dirinya dalam golongan orang yang baik-baik dan berhati mulia. Manusia apakah ini? Aku sudah serik untuk hidup dengan manusia sebegitu rupa.

Jadilah diri sendiri. Tidak perlu berwatak manusia ‘kudus’ walhal sudah banyak hati yang sudah dipermainkan. Sudah-sudahlah berlakon di atas pentas drama yang akhirnya punah dek kerana agenda yang direka sendiri. Esok siapa akan malu? Mereka dan keluarga mereka jua akhirnya.