Thursday, April 24, 2008

Budi

8 comments

Aduh tayar pancit pulak”, jerit dalam hati. Aku sedang bergegas, sudah lewat setengah jam. Ada janji temu dengan seorang sahabat tengahari itu.

Aku masuk semula ke dalam kereta. Tenangkan hati dan berehat sebentar. Memikirkan apa yang perlu aku buat dengan tayar pancit itu. Telefon dua tiga sahabat lain kalau-kalau mereka dapat datang menolong. Semuanya tidak berjawab. Sedang sibuk barangkali.

Bingkas aku terus mendapatkan tayar spare di bonet belakang. Ku cari pula alatan lain seperti spanar tayar dan jack. Tiada dalam peti alatan. Terus teringat, kesemua alatan tersebut tertinggal di rumah. Lupa mahu meletakkan semula disitu. Termanggu aku di tepian jalan yang penuh dengan kereta yang lalu lalang..

Panas terik terus memancar. Peluh mula menitik. Aku perlu buat sesuatu. Tidak mahu tersadai lama disitu. Berdoa moga permudahkan segala urusan.

Sedang asyik termenung memikirkan apa yang perlu dibuat, tiba-tiba datang sang satria kelabu menghampiri ke arah aku. Keluarlah dia dari keretanya itu. Seorang lelaki lagak seperti pegawai kerajaan (tertera nama dan kementerian pada tag yang tergantung di lehernya). Berjabat tangan sejurus itu. “Kereta kenapa?. Tayar pancit ke?”, soal dia seolah sudah tahu. “Ya”, ringkas aku menjawab. Dia terus bertanya lagi. “Nak I tolong ke?”.Boleh gak. Cuma I nak pinjam spanar tayar dan jack ja. Yang lain takpa I boleh buat sendiri”. Aku menjawab. ”Ok, I ada semua benda tu, tak palah I tolong sekali”. Dia mempelawa diri. Berbisik aku dalam hati. Baik betul mamat ni nak tolong aku. Biarlah niat dia baik nak menolong. Bagus juga.

”Alhamdulillah siap”, senyum puas aku, tayar pancit sudah diganti. Meski tayar spare, sementara pergi ke bengkel untuk diganti tayar yang baru. ”Thanks tolong, kalau tak susah jugak I tadi”, ucap aku. ”Small matter lah”, jawab dia sambil senyum. Ku hulurkan note RM50. Dia menolak, katanya dia ikhlas membantu.

Hujan turun mengakhiri. Berjabat tangan sekali lagi sebagai ucapan terima kasih. Insyaallah jumpa lagi. Begitulah, orang berbudi kita berbahasa. Terima kasih diucapkan kepada saudara Azmin yang membantu aku semalam.
Terfikir sejenak aku. Masih ada lagi orang yang baik sebegitu pada zaman sekarang ini. Terharu betul.