Tuesday, April 29, 2008

Sikap

2 comments

Alangkah seringnya engkau mengeluh dan berkata, tidak punya apa-apa, padahal bumi, langit dan bintang milikmu,
Ladang, bunga segar, bunga yang mewangi, burung bulbul yang bernyanyi riang,
Air di sekelilingmu memancar berdecak, dan matahari yang di atas kepalamu memandang geram penuh amarah,
Cahaya di kaki dan puncak bukit membina tanah lapang yang rata, di bukit-bukit dan sebentar lagi rosak,
Dunia riang kepadamu lalu mengapa engkau cemberut dan dia tersenyum kenapa engkau tidak tersenyum,
Jika engkau sedih dengan kemuliaan yang sudah lalu tidak akan lagi penyesalan mengembalikannya,
Atau engkau murung kerana adanya musibah, tetapi tidak mungkin engkau mencegah datangnya musibah,
Jika sudah engkau lalui masa mudamu jangan engkau katakan zaman sudah tua sebab zaman tidak pernah tua,
Lihatlah masih ada gambar-gambar yang mengintai di sebalik embun yang seolah-olah bercakap kerana indahnya.