Friday, August 29, 2008

0 comments


Bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

Ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik

Ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak dibiarkan berlalu
tanpa di sisi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir

Syukur pada Ilahi kerana ramadhan
masih sempat ditempuhi..

Thursday, August 28, 2008

Kuala Lumpur & Los Angeles

0 comments




10 hari berkelana. Tugas yang menanti..

Agak lama kali ini. Resah juga dalam hati….

Sabar dan memahami. Itu sahaja penguat diri…

Menanti pasti…

Wednesday, August 27, 2008

Jelmaan Tidak Bernama

0 comments

Perlu ke menjadi orang lain atau berselindung dari jelmaan manusia yang tidak bernama. Bukan sekali, malah berkali-kali. Dia tidak kisah jika hasilnya positif. Tetapi jika hadirnya seakan tiada bersebab perlu ke? Seakan mahu mempersendakan orang lain.

Bukan dia tidak perasan atau tahu. Sengaja dia membiarkan selama ini. Kenyataan mudah sahaja, lebih baik menjaga rumah sendiri, daripada sibuk ambil tahu segala isi kandungan rumah orang lain.

Berpada-pada sahaja. Jangan sampai diri sendiri yang diaibkan. Diri kan umpama public figure kononnya. Bila semuanya terdedah, tidak ke malu nanti. Terpampang muka depan surat khabar pula nanti. Beringat dahulu ya!.

Tuesday, August 26, 2008

Sebulan Ini

1 comments


Hampir sebulan aku sudah tidak update rumah ku ini. Satu tempoh yang sangat lama. Tuntutan kerja yang agak sibuk kebelakangan ini,buat aku tidak berkesempatan langsung. Maaf buat teman-teman semua. Rasa janggal juga sudah lama tidak mencoret.

Sejak Februari lalu, ruangan ini tempat belasahan untuk aku meluahkan perasaan yang terbuku. Segala suka dan resah aku tempat kan disini. Namun aku cuba mencari alternatif lain sebagai pengganti. Bagi aku ianya seakan tiada jalan penyudah. Bukan semua yang yang terbaik di depan mata mampu menggembirakan hati kita. Apatah lagi berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan perangai. Hari ini dialah makhluk tuhan yang paling sempurna rasanya, baik tingkah lakunya. Esok lusa dialah yang menjadi duri dalam daging yang bisa menghancurkan hidup kita. Kesimpulannya, berhati-hati mengenali insan baru . Jangan menaruh segala cita dan harapan yang tidak pasti lagi terjadi.

Sebulan ini bermacam peristiwa yang menjengah hidup. Segala cabaran aku hadapi dengan tabah sahaja. Aku doakan semuanya akan berakhir dan meninggalkan pengalaman yang sangat berguna. Ada juga gembiranya. Sudah pasti hati sangat berbunga-bunga saat ini. Perasaan seakan melayang-layang ke awan biru. Kehadiran T dalam hidup aku saat ini, menceriakan segalanya. Terima kasih. Aku senyum sahaja ketika mencoret tulisan ini.

Aku harap ada masa dan ruang lagi untuk aku terus aku berada disini. Menemani susur perjalanan hidupku yang belum terhenti. Ameen.