Monday, December 22, 2008

Gila Wayang

0 comments

Maraton! Begitulah aku sepanjang tempoh sebulan ni. Boleh dikatakan hampir kesemua filem baru tayangan di panggung sudah aku tonton. Aku biasa ke GSC Pavillion, Cathay Cineplexes, GSC Times Square dan sudah tentu MBO Ampang. Terakhir aku tonton cerita Histeria. Terkujat juga lah tengok cerita seram sebegitu. Berderau darah menahan takut. Kesian teman di sebelah aku. Minggu ini mahu tengok cerita Beverly Hills Chihuahua pula. Macam best ja.

Antara filem-filem baru yang sudah aku tonton:














Friday, December 12, 2008

Takdir

1 comments

What goes around comes around. Satu baris ayat yang penuh makna. Saat dan ketika ini semuanya benar belaka. Ironinya dalam kehidupan itu sendiri apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Terima ketentuan itu meski telah melalui saat getir dan sesungguhnya pengalaman itu lebih berharga. Apa yang terbendang di hari muka jalani dengan kekuatan dan keazaman. Motivasi untuk diri aku sendiri.

Aku nekad kali ini. Jika disini takdir aku selamanya, izinkan aku menapak kaki seadanya. Terima peluang yang ada sebaik mungkin, berusaha baiki keadaan dan masalah. Ya, itu niat dan tujuan utama. Aku bersungguh.

Tiada apa yang aku harapkan melainkan kesejahteraan dan kebaikan yang satu ini. Aku sudah punya segalanya. Kawan, sahabat, keluarga dan ‘dia’ yang sentiasa bersama aku. Terima kasih diatas keluhuran dan kasih sayang yang diberikan.

Tuesday, November 18, 2008

Ada Aku Kisah??

0 comments

“Ada aku kisah?. Kau terasa ke?. Padanlah muka kau”

“Sorry la, aku tak ingin pun nak ambil tahu pasal kau”

“Kau yang sibuk-sibuk nak sms dan tanya khabar aku kan?”

“Kau pun sibuk-sibuk nak baca blog aku kan?”

“Kau yang menagih nak minta-minta maaf kan?”
"Kau yang mula dulu kan?"

“Nak aku canang pasal kau ke?”

“Ha..ha..ha..”

“B****”!!”

- Puas -

Monday, November 10, 2008

Afgan - Confession No. 1

0 comments

Aku diperkenalkan dengan artis ini dari seorang teman di Kota Jakarta baru-baru ini . Artis baru dari Indonesia yang baru sahaja menerbitkan album barunya.

Tarikan Afgan pada musik R&B dan jazz, kiranya memang sangat mempengaruhi karektor vokalnya sebagai pendatang baru dari genre Soul, Pop, R & B, dan Jazz di Indonesia. Melantunkan Terima Kasih Cinta, --single dari album perdana bertajuk Confession No.1 ini, Afgan kini hadir sebagai pendatang baru muzik pop Indonesia yang diinspirasikan oleh nuansa John Legend dan Stevie Wonder.

Berikut senarai track yang terkandung dalam album ini:

01. Tanpa Batas Waktu
02. Terima Kasih cinta
03. Klise
04. Entah
05. Yang Kutahu Cinta Itu Indah ft Nagita Slavina
06. Hanya Ada Satu
07. Betapa Kucinta Padamu
08. Sadis
09. Shanty Lussy
10. I.L.U
11. Hilang Rasa
12. Biru
13. Confession ( Bonus Track )

Lagu-lagu pilihan aku (Track 4,5,6,7,8,9)

*Bakal berlangsung konsert solo di Malaysia nanti – Tunggu…

Entah



Yang Kutahu Cinta Itu Indah ft Nagita Slavina




Betapa Kucinta Padamu




Friday, November 7, 2008

Aku & Dia

0 comments


Biarlah apa jua pandangan orang lain kepada dia. Aku tidak kisah dan diamkan sahaja. Sedikit pun aku tidak melatah dan melenting dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Bagi aku, itu kehidupan dia. Dia punya jalan hidupnya sendiri. Aku tidak berhak untuk menghalang perlakuan dia. Yang penting semua yang berlaku dihadapan aku sendiri. Tiada apa yang beza sebelum dan selepas aku mengenali dia.

Aku ada niat untuk membimbing. Tapi termampukah aku dengan aku sendiri yang kurang ilmu nya juga. Bagi aku jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawab baru yang diamanahkan oleh kakak dan ibunya. Aku sedia sahaja dengan rela hati. Insyaallah ada kebaikan menyusul nanti.

Lain benar aku kali ini. Lebih toleransi dan sangat memahami. Apa lagi mahu beremosi. Tidak juga rasanya. Semuanya dalam keadaan yang tenang tanpa ada rasa prejudis dan sangsi. Mungkin pengalaman sebelum ini banyak mengajar aku banyak perkara.

Setelah berbulan-bulan mengenali, aku sudah mula memahami dirinya. Sekurang-kurangnya dia bukan manusia yang ego dan hipokrit. Syukur tiada taufan dan ombak besar yang melanda. Sesekali datang angin kencang, namun sudah ku sediakan sayap layar yang kukuh. Moga bahtera yang dikemudi belayar dengan selamatnya.

*Aku hanya mampu tersenyum – Tag dari Kak Kuzie.

Thursday, November 6, 2008

Antara Sahabat dan Maaf

0 comments


Begitulah manusia. Alpa akan kesilapan yang dilakukan berulang kali. Tidak pernah beringat akan tentang apa yang dilakukan sebelum ini. Mungkin puas dan seronok menyakiti hati dan perasaan orang lain. Manusia sebegini layak digelar sebagai pesalah tegar.

Maaf dan maaf. Memohon maaf itu mungkin suatu perkara mudah, tetapi untuk memaafi bukan lah persetujuan yang dianggap senang juga. Bagaimana seseorang itu terpaksa melupakan tiap kesalahan yang pernah dilakukan oleh yang bersalah itu dengan rela. Bagaimana juga keperitan rasa dan kecewa yang ditanggung selama ini.

Dalam perhubungan jika sudah digelar sahabat, mengapa rela mengecewakan sahabat itu? Tergamakah? Bukan sekali, berulang kali. Meski ego untuk memohon maaf, akhirnya sudah dimaafi dengan sendirinya akan kesalahan itu. Dengan niat tidak mahu memanjangkan cerita. Tetapi terdayakah jika hati sudah ‘penat’ untuk lakukan semua ini?

Mungkin kita perlu belajar menghargai sahabat. Begitu juga menghargai maaf yang pernah diberikan. Jangan sia-siakan peluang itu. Persepsi orang berbeza-beza. Menilai seseorang itu dari banyak segi dan pandangan. Adakah kejujuran, kebaikan, ketulusan hati budi atau pertolongan yang pernah diberikan. Fikir-fikirkanlah.






Wednesday, November 5, 2008

Seminggu Yang Lalu..

0 comments


Huhuhu.....

Sireh Pulang Ke Ganggang

0 comments


Aku dalam dilema sejak dua minggu yang sudah. Tawaran itu benar-benar menyesakkan kepala ini. Setelah disoal selidik, dihitung kira, restu keluarga dan minta petunjuk dari Esa, akhirnya kata pemutus telah ku simpulkan.

Aku doakan kebaikan akan menjelma selepas ini. Segala keraguan hati segeralah beransur pergi. Moga-moga permasalahan yang satu itu dapat disudahkan selekas mungkin. Niat dan harapan aku.

Surat bersampul putih diletak penuh kemas di atas meja Mr. S. Apa reaksi dia esok hari? Aku sudah bersedia dengan segala serangan emosi dan psikologi.

Welcome back!!.
Sms dari teman lama.



Thursday, October 23, 2008

Ego+Hipokrit

0 comments


Bagaimanakah caranya kita berhadapan dengan orang yang sangat ego dan hipokrit? Bagaimana pula jika orang itu adalah sahabat atau kekasih kita sendiri. Mesti sukar untuk terima akan sikapnya sebegitu. Aku pernah mengalaminya sedikit masa lalu. Setelah puas menahan sabar dengan karenahnya, aku mengambil sikap menjauhi diri. Yang pasti sudah tentu aku jemu dan mual dengan perangainya sangat menjelikkan itu.

Prinsip aku mudah. Jika melakukan kesilapan mohon maaf sahaja. Itu adalah lebih baik dari kita menipu dengan pelbagai alasan. Mahu lagi menegakkan kebenaran yang sudah pasti terang-terang kesalahannya. Ingin mempertahankan ego atau takut rahsia diri terbongkar? Sekali dua mungkin boleh, tapi selamanya begitu makan juga diri akhirnya.

Hakikatnya bila perkara ini kerap kali dilakukan, ianya menjadi kebiasaan dalam banyak hal. Manusia akan mudah menipu dan memperdayakan orang lain. Sudahlah begitu, mahu lagi mempamerkan dirinya dalam golongan orang yang baik-baik dan berhati mulia. Manusia apakah ini? Aku sudah serik untuk hidup dengan manusia sebegitu rupa.

Jadilah diri sendiri. Tidak perlu berwatak manusia ‘kudus’ walhal sudah banyak hati yang sudah dipermainkan. Sudah-sudahlah berlakon di atas pentas drama yang akhirnya punah dek kerana agenda yang direka sendiri. Esok siapa akan malu? Mereka dan keluarga mereka jua akhirnya.

Friday, October 17, 2008

Cerita Hari Ini

0 comments

Rasa terpisah dek lama tidak menyusun kata di sini. Begitulah aku jika kesibukan itu acap kali memasung diri. Tidak lah sesibuk mana. Mungkin ada komitmen yang lebih penting saat ini.

Usai berpuasa dan berhari raya. Alhamdulillah kedua-dua peristiwa itu dijalani dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Segalanya dinikmati dengan rasa yang tidak terhingga, meski keghairahan itu seakan pudar dan malap sahaja tahun ini.

Fokus waktu ini, bakal menjengah hari-hari hujung tahun yang penuh kesibukan. Terencana di jalur jadual yang dirangka seminggu lalu. Analisis sepanjang tahun perlu dilangsaikan sebelum lembaran tahun lunar menjelma.

Moga-moga aku punya masa untuk semua ini, dan meredakan kepenatan yang bakal muncul. Aku sedikit tertekan..

Friday, September 26, 2008

Hahaha...Micheal Jackson?

0 comments

Berbuka Puasa @ Ole-Ole Bali

0 comments












Monday, September 22, 2008

Sepagi Pasar Pudu KL

0 comments

Sepagi di Pasar Pudu Kuala Lumpur (13 September 2008). Aku, Papa dan Adik Isk membeli barang-barang untuk dimasak untuk majlis berbuka pada hari itu.













Berbuka Puasa @ Madam Kwan's KLCC

0 comments

Tarikh: 21 September 2008
Lokasi : Madam Kwan’s KLCC
Menu : Nasi Bojari
Harga : RM 20 ++
Kehadiran: Aku, T, Faizal dan Wak




Tuesday, September 16, 2008

Bosan vs Pusing Kepala

0 comments

Bosan hari ini. Bosan disebabkan sunyi barangkali. Sunyi tanpa berita dari Amsterdam. Seperti rasa kehilangan. Tidak seperti kebiasaannya. Dia selalu ada bersama beberapa hari lalu. Namun sehingga lusa sahaja. Bosan dan sunyi ini akan beransur pergi.

Pusing kepala. Sejak kelmarin. Keresahan sahabat aku ini, menggusarkan kembali perasaan. Aku turut dilanda risau yang teramat sangat. Kepada Allah jua aku bermohon doa. Doa akan kesejahteraan dan kesihatannya. Moga terhindar dari segala musibah ngeri itu. Aku pinta pada Mu Ya Rabbi. Ameen.

Monday, September 15, 2008

Naga + Kasih Sayang + Cinta

0 comments


-Naga-

-Kasih Sayang-

-Cinta-


************************

Kurnia

0 comments

Minggu Lepas…
Sudah tiada rezeki. Terima sahaja kenyataannya. Sedih juga bila apa yang kita harapkan gagal berada dalam genggaman. Tenang sahaja. Ada hikmah disebaliknya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik menanti. Insyaallah.

Kadangkala kesilapan yang kita lakukan di masa lampau memberi impak pada hari ini. Tetapi perkara sudah berlaku. Belajar dari kesilapan. Lorongkan ruang seluas-luasnya untuk perbaiki keadaan. Ada juga kesilapan itu bukan berpunca dari kita sepenuhnya, ada perkara yang tidak terjangka akan berlaku tanpa kawalan kita. Jadikan ia sebagai dugaan hidup. Motivasi untuk diri sendiri.

Tidak mengapa. Memujuk hati yang hampa. Sedih juga..

Hari Ini...
Alhamdulillah syukur. Yakin setiap rezeki dan pertolongan itu hanya dari Allah. Berkat kesabaran itu ada jalan untuk aku kembali perbaiki keadaan. Meski tidak seperti yang diharapkan, namun aku tetap bersyukur di atas kurniaan itu. Aku kembali menguntum senyum.

Senyum dan terus senyum. Dalam nada rasa yang sangat tenang.

Berbuka Puasa @ My Asam Pedas Shop

0 comments

Tarikh: 14 September 2008
Lokasi : My Asam Pedas Shop
(Citarasa Linda Onn)
No 3, Jalan Pandan Prima,
Dataran Pandan Prima, 55100 KL.
Tel:03-9200 999
(Berhadapan TESCO Ampang)
Menu : Set Ramadhan MAPS 2
Harga : RM 35.00
Kehadiran: Aku & T






Thursday, September 11, 2008

Pengorbanan

1 comments


“Usah dipinta balasan atas apa jua kebaikan yang dilakukan. Itu dinamakan pengorbanan. Berkorban untuk orang kita sayang itu perkara biasa. Kerna lumrah hidup memang begitu. Apa yang penting niat yang baik dan ikhlas sahaja. Moga-moga hubungan yang dibina berkekalan dan dihargai.”


-Aku selalu begitu. Sekian lama-

Wednesday, September 10, 2008

Si Polan-Si Polan

0 comments

Bila ada si polan ini mencanangkan cerita yang tidak benar tentang si A, lalu dihebahkan kepada sipolan-sipolan yang lain. Lantas, si polan lain ini pula menyampaikan pula kepada si B. Menerbitkan satu persoalan dan musykil kepada si B tentang si A.

Begitulah ragam manusia. Akan terus bergosip tentang orang lain. Bergosip tanpa henti. Mungkin rasa puas berkelakuan begitu. Adakah rancangan bersekutu yang ditubuhkan itu hasil dari perasaan tidak puas hati akibat hajat yang diinginkan tidak kesampaian. Sangat sedih jika begitu. Berhentilah daripada terus bergosip yang bukan-bukan.

Ampunkan sahaja kesalahan si polan-si polan itu. Itu yang terbaik.

Tuesday, September 9, 2008

Berbuka Puasa @ At Home Décor ( Great Eastern Mall Ampang)

0 comments

Tarikh: 8 September 2008
Lokasi : At Home Décor ( Great Eastern Mall Ampang)
Menu : Promosi Berbuka ( Curry Fish + Ice Lemon Tea)
Harga : RM 15.99
Kehadiran: Aku & T







Berbuka Puasa @ IKEA

0 comments


Berbuka Puasa @ IKEA

Lokasi : IKEA (Food court bersebelahan showroom)
Harga : RM 15.90 (Hidangan buffet)
Tarikh: 3 September 2008
Kehadiran : Aku, Fadli, Acu, Isk, Azam dan Fared
Menu apa ni??? Hahahaha