Friday, November 7, 2008

Aku & Dia

0 comments


Biarlah apa jua pandangan orang lain kepada dia. Aku tidak kisah dan diamkan sahaja. Sedikit pun aku tidak melatah dan melenting dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Bagi aku, itu kehidupan dia. Dia punya jalan hidupnya sendiri. Aku tidak berhak untuk menghalang perlakuan dia. Yang penting semua yang berlaku dihadapan aku sendiri. Tiada apa yang beza sebelum dan selepas aku mengenali dia.

Aku ada niat untuk membimbing. Tapi termampukah aku dengan aku sendiri yang kurang ilmu nya juga. Bagi aku jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawab baru yang diamanahkan oleh kakak dan ibunya. Aku sedia sahaja dengan rela hati. Insyaallah ada kebaikan menyusul nanti.

Lain benar aku kali ini. Lebih toleransi dan sangat memahami. Apa lagi mahu beremosi. Tidak juga rasanya. Semuanya dalam keadaan yang tenang tanpa ada rasa prejudis dan sangsi. Mungkin pengalaman sebelum ini banyak mengajar aku banyak perkara.

Setelah berbulan-bulan mengenali, aku sudah mula memahami dirinya. Sekurang-kurangnya dia bukan manusia yang ego dan hipokrit. Syukur tiada taufan dan ombak besar yang melanda. Sesekali datang angin kencang, namun sudah ku sediakan sayap layar yang kukuh. Moga bahtera yang dikemudi belayar dengan selamatnya.

*Aku hanya mampu tersenyum – Tag dari Kak Kuzie.