Friday, October 17, 2008

Cerita Hari Ini

0 comments

Rasa terpisah dek lama tidak menyusun kata di sini. Begitulah aku jika kesibukan itu acap kali memasung diri. Tidak lah sesibuk mana. Mungkin ada komitmen yang lebih penting saat ini.

Usai berpuasa dan berhari raya. Alhamdulillah kedua-dua peristiwa itu dijalani dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Segalanya dinikmati dengan rasa yang tidak terhingga, meski keghairahan itu seakan pudar dan malap sahaja tahun ini.

Fokus waktu ini, bakal menjengah hari-hari hujung tahun yang penuh kesibukan. Terencana di jalur jadual yang dirangka seminggu lalu. Analisis sepanjang tahun perlu dilangsaikan sebelum lembaran tahun lunar menjelma.

Moga-moga aku punya masa untuk semua ini, dan meredakan kepenatan yang bakal muncul. Aku sedikit tertekan..