Tuesday, August 26, 2008

Sebulan Ini

1 comments


Hampir sebulan aku sudah tidak update rumah ku ini. Satu tempoh yang sangat lama. Tuntutan kerja yang agak sibuk kebelakangan ini,buat aku tidak berkesempatan langsung. Maaf buat teman-teman semua. Rasa janggal juga sudah lama tidak mencoret.

Sejak Februari lalu, ruangan ini tempat belasahan untuk aku meluahkan perasaan yang terbuku. Segala suka dan resah aku tempat kan disini. Namun aku cuba mencari alternatif lain sebagai pengganti. Bagi aku ianya seakan tiada jalan penyudah. Bukan semua yang yang terbaik di depan mata mampu menggembirakan hati kita. Apatah lagi berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan perangai. Hari ini dialah makhluk tuhan yang paling sempurna rasanya, baik tingkah lakunya. Esok lusa dialah yang menjadi duri dalam daging yang bisa menghancurkan hidup kita. Kesimpulannya, berhati-hati mengenali insan baru . Jangan menaruh segala cita dan harapan yang tidak pasti lagi terjadi.

Sebulan ini bermacam peristiwa yang menjengah hidup. Segala cabaran aku hadapi dengan tabah sahaja. Aku doakan semuanya akan berakhir dan meninggalkan pengalaman yang sangat berguna. Ada juga gembiranya. Sudah pasti hati sangat berbunga-bunga saat ini. Perasaan seakan melayang-layang ke awan biru. Kehadiran T dalam hidup aku saat ini, menceriakan segalanya. Terima kasih. Aku senyum sahaja ketika mencoret tulisan ini.

Aku harap ada masa dan ruang lagi untuk aku terus aku berada disini. Menemani susur perjalanan hidupku yang belum terhenti. Ameen.