Thursday, November 6, 2008

Antara Sahabat dan Maaf

0 comments


Begitulah manusia. Alpa akan kesilapan yang dilakukan berulang kali. Tidak pernah beringat akan tentang apa yang dilakukan sebelum ini. Mungkin puas dan seronok menyakiti hati dan perasaan orang lain. Manusia sebegini layak digelar sebagai pesalah tegar.

Maaf dan maaf. Memohon maaf itu mungkin suatu perkara mudah, tetapi untuk memaafi bukan lah persetujuan yang dianggap senang juga. Bagaimana seseorang itu terpaksa melupakan tiap kesalahan yang pernah dilakukan oleh yang bersalah itu dengan rela. Bagaimana juga keperitan rasa dan kecewa yang ditanggung selama ini.

Dalam perhubungan jika sudah digelar sahabat, mengapa rela mengecewakan sahabat itu? Tergamakah? Bukan sekali, berulang kali. Meski ego untuk memohon maaf, akhirnya sudah dimaafi dengan sendirinya akan kesalahan itu. Dengan niat tidak mahu memanjangkan cerita. Tetapi terdayakah jika hati sudah ‘penat’ untuk lakukan semua ini?

Mungkin kita perlu belajar menghargai sahabat. Begitu juga menghargai maaf yang pernah diberikan. Jangan sia-siakan peluang itu. Persepsi orang berbeza-beza. Menilai seseorang itu dari banyak segi dan pandangan. Adakah kejujuran, kebaikan, ketulusan hati budi atau pertolongan yang pernah diberikan. Fikir-fikirkanlah.