Monday, July 28, 2008

Salju Di Danau Rindu

0 comments


Tak pernah ku kesal
Memilih diri mu
Biar pun pudar
Kelam masa silam

Bagi ku kasih sayang
Satu anugerah
Tak ternilai oleh ku

Benarlah kata mu
Hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini

Cinta ku tulus suci
Yang lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar
Meyakinkan cinta
Yang terbiar layu
Disirami duka

Sedangkan diri ku
Umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu

Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...

Izzul Razin

0 comments



Ini anak buah aku yang paling kecil sekali. Izzul Razin namanya. Baru mencecah angka 7 bulan umurnya. Comelkan?

Tuesday, July 22, 2008

Kantor Baru

0 comments

cubical aku...berselerak...hehehe..


Sudah sebulan setengah aku di kantor baru ini. Alhamdulillah aku sangat selesa dan gembira. Episod resah dan duka sepanjang lima purnama lalu segalanya terubat kini. Hari ini aku masih di sini, meski ada tawaran kerja dari dua syarikat besar yang lain. Namun cinta aku kepada bidang ini sangat-sangat mendalam.

Aku sudah biasa melakukan tugasan ini. Aku ditempatkan di bahagian Industri dan Bioteknologi. Terlibat dalam industri yang melibatkan R&D (Research and Development) sangat-sangat mencabar jati diri. Meski keterlibatannya itu tidak secara langsung, namun aku merupakan orang perantara kepada para penyelidik, pensyarah dan para doktor untuk menjayakan misi kajian yang dijalankan. Persiapan dari segi mental, PR (public relationship) dan ilmu benar-benar dititik beratkan. Aku berpendapat proses pembelajaran itu adalah berterusan, dan kerjaya aku ini menuntut aku perlu menguasai segala ilmu yang berkaitan sains dan teknologi secara total.

Sebelum ini aku lebih terdedah kepada kajian dalam bidang molecular. Satu bidang kajian yang sangat meluas dan diamalkan oleh ramai penyelidik pada hari ini. Tetapi di kantor baru ini aku lebih banyak terlibat dalam bidang mikrobiologi. Salah satu elemen lain dalam kajian yang dijalankan. Tidaklah terlalu asing kepada aku. Semasa mengaji dulu, ini merupakan subjek kegemaran aku. Mengingati nama-nama mikrob seperti Salmonella, E.coli, dan Staphylococus (sekadar mengambil beberapa contoh) sudah lama tercerna dalam benak ini. Sesungguhnya di sini, aku lebih dapat memahami bidang ini secara mendalam berdasarkan latihan dan proses pembelajaran yang dibekalkan.

Aku hargai tiap apa yang telah ditentukan oleh Dia dalam perjalanan hidup ku ini. Bersikap positif dan sentiasa merebut peluang yang terbaik untuk hidup. Pengalaman mengajar aku menghargai nilai kehidupan sebenar.

Monday, July 21, 2008

Dedikasi Buat Abg Dark @ Pak Tam

2 comments

Bicaranya suram. Seperti memendam suatu rahsia rasa yg tersembunyi. Aku cuba mendapatkan kepastian. Namun ulasannya mudah. OK jer.

Aku baru sahaja ingin mengenali dirinya. Ternyata ia disenangi oleh teman-temannya. Ramahnya buat semua gembira akan sikapnya. Seusia dengan kematangannya juga. Aku mengormatinya sebagai seorang yang dewasa. Terima kasih di atas nasihat yang diberikan.

Luahannya di situ buat aku tertanya. Mengapa juga sekilas ini dia seolah ingin menjauh diri. Seharusnya ikatan ukhwah yang baru sahaja terjalin ini, akan merasa kehilangannya. Aku berharap masih ada ruang buat dia untuk mempertimbangkan permintaan teman-teman yang lain. Biarlah hatinya masih lagi pada kami ini.

Hapuslah wahai duka. Moga sinar ceria bak pelangi menyinari diperdu hatimu. Kami gembira bila kau gembira.

*Es-em-es dia malam itu sangat-sangat terkesan. Terima kasih di atas teguran ikhlas itu.

Tuesday, July 15, 2008

Antara Cinta dan Kasih

0 comments


Penat dan letih. Lesu lagi sugul. Perasaan dia hari ini. Bukan fizikal sahaja menjerit derita malah pemikiran juga dipasung lelah. Semahunya dia mahu berlalu pergi dan terus menyepi diri. Tujuannya tiada lagi hati yang berwasangka dan rasa seperti dipermain-mainkan.

Segalanya dipersembahkan seikhlas mungkin. Tiada niat yang terselindung. Kebaikan disampaikan secara jujur dan penuh hemah. Namun disalah ertikan. Dia rasa terjerat. Apakah salah dia bersikap begitu. Bagaimana pertimbangan manusia kepada situasi ini? Salahkah juga berbuat baik pada orang lain, terutamanya sahabat sendiri. Barangkali kita perlu mempelajari bagaimana mentafsir perlakuan kita dan orang lain. Menghormati individu yang punya prinsip.

Dia tidak berniat menabur cinta. Mesranya hanya sekadar kasih seorang teman dan sahabat. Ikatan ukhwah yang diutamakan. Tidak bermaksud ingin memiliki atau mengisi hati sesiapa yang sedang kesunyian dan kekosongan. Dek kerana menyulam dan memendam rasa, akhirnya ada hati yang terluka. Konon mesranya dia adalah bertujuan ingin berkasih, sedangkan tiada harapan yang dijanjikan. Bukan dia tidak sudi dan bersikap aneh, namun dirinya masih dalam keadaan trauma dan berduka. Kasih dia baru sahaja berlalu pergi, buat dia sangat berhati-hati saat ini.

Dia mohon dimaafkan. Barangkali ada yang terluka dengan keputusan dia. Baginya tiada cinta buat masa ini. Dia hanya mampu memberikan kemesraan dan kebaikan buat semua teman-temannya. Itu sahaja yang terbaik yang boleh dia lunaskan. Sampai seru pasti hatinya terbuka kembali untuk berkasih. Insyaallah. Jalani sebuah persahabatan dengan kegembiraan. Dia mahu terus bersahabat dalam situasi yang penuh ceria.

Dia mahu berehat buat seketika. Tidak mahu lagi terlalu beraktiviti setiap minggu. Dia perlu ruang untuk dirinya sendiri buat saat ini. Rehat dan fokus sepenuhnya pada kerjaya yang digalasnya.

Monday, July 14, 2008

Rencam

0 comments

Persahabatan itu baru sahaja terjalin. Ada wujud perasaan yang berbunga harum. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sahutan rasa itu berbalas juga. Siapa yang memulakan dahulu tidak pasti. Yang pastinya seolah ada persamaan rasa yang sangat luar biasa. Kata-kata manis menyulam bahagia.

Namun dikekangnya perasaan itu kerna bimbang dinista dengan tohmahan yang kejam. Seminggu berlalu. Berperang perasaan dia. Dibenaknya mengundang persoalan yang pelbagai macam. Tegakah dia menjadi seorang perampas sahabatnya sendiri? Sanggupkah dia melihat orang lain menderita pilu kerna perbuatan terlarang ini. Akhirnya dia nekad dengan keputusannya. Dia ingin sudahkan perkara ini dengan mengambil sikap mengundur diri. Dia tidak mahu rencam ini terus menghantui hidupnya. Pengalaman silam buat dia sangat dewasa. Syukur dia sangat berpendirian.

Pertemuan dirancang. Keputusan sudah berada teguh dalam hatinya. Cuma perlu diungkap dengan penuh yakin. Namun segalanya gagal. Saat itu segalanya terbongkar lebih awal tanpa dia sempat menyatakan pendiriannya. Dia dituduh dengan pelbagai kata-kata yang sangat hina yang tidak tahu betul atau salahnya. Seolahnya segala kesalahan itu berpunca dari dia. Dia hanya mampu mempertahankan diri berbekalkan kekuatan yang ada. Dia yakin dia berada pada posisi yang sangat jelas, meski dia mengakui jua melakukan kesilapan pada peringkat awalnya.

Akhirnya pertemuan lapan mata pun berlangsung, termasuk seorang ahli luar sebagai pendengar dan pemerhati yang setia. Dia rungkaikan segala kemelut dan kekusutan yang melanda itu. Disusun satu persatu sehingga jelas dan nyata. Yang salah dibetulkan, yang terselindung disingkap seterang-terangnya. Lalu disimpulkan dan disudahkan dengan suasana yang sangat harmoni. Dia mengambil sikap berlembut tetapi tegas. Alhamdulillah dia akhiri pertemuan itu dengan menyatakan pendiriannya.

Apa yang berlaku benar-benar pengajaran yang sangat berguna. Jangan biarkan perasaaan dipermainkan oleh sesiapa pun. Sememangnya manis dan sangat indah. Namun sekiranya ia lebih mengundang derita kepada diri dan orang lain, jalan terbaik adalah berundur diri dan kuburkan sahaja segala-galanya. Tidak sanggup rasanya meruntuhkan tugu persahabatan yang baru terjalin ini dek insiden yang sangat terkesan ini.

Monday, July 7, 2008

Dilema

0 comments

Tidak pernah begini rasanya. Seumur hidup belum lagi dia mampu berkeadaan begini. Sukar dan sangat sulit. Semahunya dia ingin pinggirkan rasa itu dari terus membuai. Bahagia bersulam nestapa. Dia tahu jalanan itu penuh duri yang menghalang. Apakah dia sanggup meruntuhkan prinsip yang sekian lama dipaksikan?

Dia hanya mampu berserah. Pertemuan dua hati akan berlangsung. Melerai segala rasa yang sekian lama memasung jiwa. Dia mohon keputusan yang bijaksana. Dia yakin ada hikmahnya yang menanti.

Dia masih keliru. Namun sukar bagi dia menepis hadir wajah manis insan itu menghiasi mimpi-mimpi indah malamnya.

Tuesday, July 1, 2008

Ke Mana??

0 comments

Agak lama tidak bercerita di sini? Hampir sebulan rupanya. Namun masa sesingkat ini berlalu dengan penuh keceriaan. Ya, kesimpulan yang berjaya aku ungkapkan.

Segalanya serba baru. Aku akan bercerita segalanya pada entri-entri yang mendatang..