Hujung bulan ini musim cuti sekolah. Ramai orang menggunakan masa ini untuk memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga. Bagus juga jika dilangsungkan pada musim cuti sekolah sebegini. Memudahkan kaum keluarga dan sahabat handai untuk datang bersama memeriahkan majlis.
Bercerita mengenai majlis kenduri kahwin ini, aku telah dijemput untuk menghadiri sebanyak sepuluh undangan. Terdiri daripada teman, sahabat dan kaum keluarga yang bakal bergelar raja sehari. Pening juga untuk menghadiri majlis sebanyak ini. Ada pertindihan tarikh dan tempat yang agak jauh. Mungkin ada yang berkecil hati jika aku tidak dapat hadirkan diri. Tetapi bagi aku ingatan itu yang penting. Terima kasih kerana sudi mengundang. Aku hargai. Aku guguskan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada mereka-mereka ini. Moga berbahagia dan melayari bahtera rumahtangga dengan aman damai.
1. Sepupu : Al-Mustaqim Billah dan pasangan - Tapah
2. Sahabat : Mohd Hafiz Kassim dan pasangan - Ipoh
3. Sahabat : Hafiz dan pasangan - Kulim, Kedah
4. Sahabat : Mohd Zuhaidy dan pasangan - Tropicana Resort, Petaling Jaya
5. Sahabat : Jua & Boy - Pulau Pinang
6. Sahabat : Nik Nazrul dan pasangan - Kelantan
7. Sahabat : Ameer Agus dan pasangan - Shah Alam
8. Sahabat : Intan & Jai - Melaka
9. Sahabat : Ryil & Sue - Teluk intan
10. Sahabat : Nadia dan pasangan - Banting
Malam hari memasang pukat,
Menjala ikan di tepian titi,
Cinta disatu janji diikat,
Kekal rukun damai dihati
Aku bila pula? He..he..Insyaallah tunggu sahaja nanti :)
*Bulan ni gemuk la aku. Makan nasi minyak sahaja.

4 comments:
u mesti datang majlis i. kalau tak putus sahabat..u special guest ok!
wahahha fermantas...ada dah tu cakap wajib datang..p jangn tak p..
ryil>> huwaaa..Insyallah..i usahakan dtg jgk. Emm special guest lg tu..Terharu btl..
bash>> wajib kena datangkan? mati aku..banyak sgt ni.
Post a Comment