Friday, May 2, 2008

Episod I


Pertemuan pertama itu buat dia merasa gembira sebenarnya. Dia cuba tenangkan hati dengan pergolakan yang menerjah beberapa purnama ini. Mendung seakan menggelapkan perasaan dia yang sekian lama terpendam di relung hatinya.

Dia pasti masa akan merubah segala. Tapi penat juga menunggu, sedangkan masa berputar begitu pantas. Pendiriannya masih berpaksi teguh. Tapi apakan daya, sepi itu memerangkap dia di dalam lorong –lorong yang pernah dilaluinya dulu. Mencari jalan keluar. Pulang mengadap ke asalnya.

Namun tidak bermakna dia bermain perasaan. Dia yakin, masih ada lagi yang berjiwa mulia. Bermaknakah hanya sementara? Sedangkan dia arif akan takdir sebegini. Cerita lama buat dia penuh ilmu di dada. Lalui dengan jiwa yang tenang sahaja. Jangan digadai sehabis-habisnya. Kelak dia tidak akan merasa ’lemah’ dek kerna disingkirkan.

Pada insan itu, jangan khuatiri. Ikhlas menjadi pegangan dia. Dia sangat berterima kasih. Dengan jiwa dan rasa yang dipersembahkan. Dia hargai apa yang dimiliki sekarang.

2 comments:

Anonymous said...

yupssss..terima jek apa yang abg lalui sekarang dengan tenang. yang sudah berlalu itu biarkan sahaja. belajar menghargai suka duka kehidupan - Deen

fermentas said...

Deen>>> thanks!! agree