Ku singkap helaian diari lama ini. Masih jelas tulisan khat yang dicoret begitu cantik. Sebuah karangan yang biasa tetapi cukup indah dan meruntun hati. Lembaran lama dari seorang sahabat yang menyepi entah di mana.
Kita berjumpa kerana takdir,
Kita berkawan kerana kasih sayang,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana cita-cita,
Kita kekal kerana kuatnya ukhwah,
Kita bergaduh kerana harga sebuah ikatan,
Tapi yang paling penting semuanya kerana Allah,
Bukan mudah untuk berkawan,
Bukan mudah untuk kekalkan,
Bukan mudah untuk teruskan,
Satu lakaran hati,
Satu rahsia rasa,
Bagi insan yang daif,
Yang mempunyai sejuta maksud,
Pada jiwa yang memahami..
Dedikasi untuk semua teman, sahabat dan saudara ku. Menyayangi tanpa memiliki apakah maksudnya?
Monday, April 28, 2008
Kita
Labels: puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Menyayangi tanpa memiliki, maksudnya...anda bertepuk sebelah tgn deh..
TQ bangat ya...dikarang puisi segala.. bagus ini..hikhik..
bash>>terfikir jg begitu..rasa spt bertepuk sblh tgn. sedeh jugak kan?? Emm..
utk teman2 & shbt2..hargai kebaikan dan budi u all.
pkara biasa le fermentas..ramai yg jd mcm tuh. sabor aje.
bertepuk sebelah tangan ye...........awak seorang je kot rase macam tu..mana awak tahu yang awak bertepuk sebelah tangan je?
anonymous 1>>> yup, ramai yang jadi sbegitu. biarla..
anonymous 2>>> sebenarnya tak pasti kalau bertepuk sblh tgn pun..harap2 tdk..biar masa yang menentukan. sebenarnya tak baik jugak kan mempersoalkan perkara ni.yg penting kita dh buat yg terbaik.skrg2nya kita dh berusaha.
Post a Comment