Sunday, March 9, 2008

Panggilan

Kata dia aku ada membuat panggilan tiga kali. Walhal aku tidak berbuat begitu. Yang menjadi persoalan sekarang 1. Aku tidak kenal dia 2. Aku tidak kenal nombornya 3. Masa insiden berlaku aku sedang tidur, seorang sahaja di rumah ketika itu. Pelik bukan?

Pastikah kata-kata dia itu. Sampai saat ini aku masih berfikir realitinya. Macam-macam soalan pula yang ditanyakan oleh dia pada sms kemudiannya. Sengaja aku sembunyikan status diriku sebenarnya. Bukan apa aku tidak pasti siapa dia. Berikutan panggilan misteri bulan lepas buat aku berhati-hati. Aku tidak mahu sesuatu yang tidak baik berlaku.

Macam-macam perkara aneh berlaku sekarang ini. Aku sendiri menjadi bingung. Biarlah tiada kepentingan juga bila difikirkan kembali.





3 comments:

Anonymous said...

biasalah zaman skang nie,mmg byk sgt org yg pelik2...mungkin mase tido awak t'dial no tue,akibat tnsion sgt dengan empunya no....atau mgkn ko terambik no tue kat hp org pastu terdial mase tido akibat mmpi ngeri.wakaakaka

fermentas said...

Tuduhan yg melampau..apa guna aku buat mcmtu, sedangkan aku sendiri tidak tahu no siapa dan memang tiada dalam simpanan aku. Juga tidak tahu mana asal usulnya. Yang paling penting lagi memang aku tidak kenal dengan empunya no..

Ya, mungkin Tuhan lebih mengerti akan kebenarannya..

Anonymous said...

bkn tuduhan...cuma sekadar kemungkinan yg berlaku..jgn tersentak,hanya gurauan...mungkin perkara lain yg terjadi