Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Tuesday, January 20, 2009

Boss & Gelaran

0 comments

Bagaimana rasanya bekerja di bawah manusia yang anda tidak suka. Tentu sukar rasanya. Itulah konflik terbaru yang perlu aku tempuh. Payah bagaimana sekalipun, kerja mesti tetap dilakukan.

Teringat tiga tahun lalu. Pertama kali bekerja selepas usai graduasi. Aku bekerja di sebuah syarikat yang di kira cukup besar juga. Kalau sudah begitu, tuntutan kerjanya juga melebihi daripada apa yang sepatutnya. Malah aku berikan komitmen 200% ketika itu. Sudahlah begitu, perlu bekerja dibawah naungan boss yang sangat garang dan kejam perangainya. Aku sifatkan garang dan kejam kerana, dialah satu-satunya pengurus yang paling ditakuti di syarikat itu. Sebut sahaja Mr Rajoo, siapa yang tidak kenal. Pelbagai gelaran yang tidak baik ada padanya. Semuanya gara-gara perangainya itu. Sudah pasti dia suka mengamuk tidak tentu pasal (meski disebabkan oleh satu kesalahan kecil), memaki pekerja (dengan kata-kata carut), mencari kesalahan setiap pekerjanya (sebagai modal untuk memaki dan mengherdik), tidak pernah mengakui kesalahan yang dibuat sendiri (akan menyalahkan orang lain disebabkan perkara itu), berlagak pandai dalam semua perkara (walhal tidak tahu langsung pun kerana tidak pernah ambil tahu tiap apa yang berlaku) dan bermacam perkara lagi tentang dirinya.

Malang sungguh aku. Dalam beribu orang yang berkerja di situ, aku diantara yang perlu bekerja dengannya. Kerjanya selalunya aku yang ambil alih, jika dia sibuk. Ada salah , aku lah orang pertama yang menerima hukuman itu (walaupun tidak ada salah tetap akan disalahkan). Begitulah setahun lima bulan aku disitu. Pengalaman itu cukup besar bagi aku. Bagaimana boleh bertahan untuk berkerja bersama manusia seperti itu. Bekerja dalam ketakutan dan stress. Aku angkat kaki disebabkan ada peluang berkerja ditempat yang lebih baik.

Hari ini aku menempuh perkara yang sama. Setelah bertahun berlalu, aku perlu bekerja di bawah seorang pengurus baru yang aku sendiri tidak berapa suka. Senarionya berbeza sedikit. Dia seorang perempuan, suka membebel, sangat bising di dalam pejabat, suka mengarah yang bukan-bukan, dan aku dengar suka cari gaduh juga. Pening juga aku bila begitu. Tidak tahu bagaimana cabaran yang akan datang. Aku fikir positif sahaja. Aku ketepikan segala permasalahan dan pandai-pandailah aku mengawal keadaan nanti. Kerja tetap kerja.

Moga semuanya baik-baik belaka nanti.

*Aku gelar Mr Rajoo ‘Anjing Hutan’ – Geram dan marah punya fasal
Harap-harap tiada gelaran untuk boss perempuan aku yang baru ini.

Monday, December 22, 2008

Gila Wayang

0 comments

Maraton! Begitulah aku sepanjang tempoh sebulan ni. Boleh dikatakan hampir kesemua filem baru tayangan di panggung sudah aku tonton. Aku biasa ke GSC Pavillion, Cathay Cineplexes, GSC Times Square dan sudah tentu MBO Ampang. Terakhir aku tonton cerita Histeria. Terkujat juga lah tengok cerita seram sebegitu. Berderau darah menahan takut. Kesian teman di sebelah aku. Minggu ini mahu tengok cerita Beverly Hills Chihuahua pula. Macam best ja.

Antara filem-filem baru yang sudah aku tonton:














Tuesday, November 18, 2008

Ada Aku Kisah??

0 comments

“Ada aku kisah?. Kau terasa ke?. Padanlah muka kau”

“Sorry la, aku tak ingin pun nak ambil tahu pasal kau”

“Kau yang sibuk-sibuk nak sms dan tanya khabar aku kan?”

“Kau pun sibuk-sibuk nak baca blog aku kan?”

“Kau yang menagih nak minta-minta maaf kan?”
"Kau yang mula dulu kan?"

“Nak aku canang pasal kau ke?”

“Ha..ha..ha..”

“B****”!!”

- Puas -

Monday, November 10, 2008

Afgan - Confession No. 1

0 comments

Aku diperkenalkan dengan artis ini dari seorang teman di Kota Jakarta baru-baru ini . Artis baru dari Indonesia yang baru sahaja menerbitkan album barunya.

Tarikan Afgan pada musik R&B dan jazz, kiranya memang sangat mempengaruhi karektor vokalnya sebagai pendatang baru dari genre Soul, Pop, R & B, dan Jazz di Indonesia. Melantunkan Terima Kasih Cinta, --single dari album perdana bertajuk Confession No.1 ini, Afgan kini hadir sebagai pendatang baru muzik pop Indonesia yang diinspirasikan oleh nuansa John Legend dan Stevie Wonder.

Berikut senarai track yang terkandung dalam album ini:

01. Tanpa Batas Waktu
02. Terima Kasih cinta
03. Klise
04. Entah
05. Yang Kutahu Cinta Itu Indah ft Nagita Slavina
06. Hanya Ada Satu
07. Betapa Kucinta Padamu
08. Sadis
09. Shanty Lussy
10. I.L.U
11. Hilang Rasa
12. Biru
13. Confession ( Bonus Track )

Lagu-lagu pilihan aku (Track 4,5,6,7,8,9)

*Bakal berlangsung konsert solo di Malaysia nanti – Tunggu…

Entah



Yang Kutahu Cinta Itu Indah ft Nagita Slavina




Betapa Kucinta Padamu




Friday, November 7, 2008

Aku & Dia

0 comments


Biarlah apa jua pandangan orang lain kepada dia. Aku tidak kisah dan diamkan sahaja. Sedikit pun aku tidak melatah dan melenting dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Bagi aku, itu kehidupan dia. Dia punya jalan hidupnya sendiri. Aku tidak berhak untuk menghalang perlakuan dia. Yang penting semua yang berlaku dihadapan aku sendiri. Tiada apa yang beza sebelum dan selepas aku mengenali dia.

Aku ada niat untuk membimbing. Tapi termampukah aku dengan aku sendiri yang kurang ilmu nya juga. Bagi aku jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawab baru yang diamanahkan oleh kakak dan ibunya. Aku sedia sahaja dengan rela hati. Insyaallah ada kebaikan menyusul nanti.

Lain benar aku kali ini. Lebih toleransi dan sangat memahami. Apa lagi mahu beremosi. Tidak juga rasanya. Semuanya dalam keadaan yang tenang tanpa ada rasa prejudis dan sangsi. Mungkin pengalaman sebelum ini banyak mengajar aku banyak perkara.

Setelah berbulan-bulan mengenali, aku sudah mula memahami dirinya. Sekurang-kurangnya dia bukan manusia yang ego dan hipokrit. Syukur tiada taufan dan ombak besar yang melanda. Sesekali datang angin kencang, namun sudah ku sediakan sayap layar yang kukuh. Moga bahtera yang dikemudi belayar dengan selamatnya.

*Aku hanya mampu tersenyum – Tag dari Kak Kuzie.

Wednesday, November 5, 2008

Seminggu Yang Lalu..

0 comments


Huhuhu.....

Friday, September 26, 2008

Hahaha...Micheal Jackson?

0 comments

Berbuka Puasa @ Ole-Ole Bali

0 comments












Monday, September 22, 2008

Sepagi Pasar Pudu KL

0 comments

Sepagi di Pasar Pudu Kuala Lumpur (13 September 2008). Aku, Papa dan Adik Isk membeli barang-barang untuk dimasak untuk majlis berbuka pada hari itu.













Berbuka Puasa @ Madam Kwan's KLCC

0 comments

Tarikh: 21 September 2008
Lokasi : Madam Kwan’s KLCC
Menu : Nasi Bojari
Harga : RM 20 ++
Kehadiran: Aku, T, Faizal dan Wak




Monday, September 15, 2008

Berbuka Puasa @ My Asam Pedas Shop

0 comments

Tarikh: 14 September 2008
Lokasi : My Asam Pedas Shop
(Citarasa Linda Onn)
No 3, Jalan Pandan Prima,
Dataran Pandan Prima, 55100 KL.
Tel:03-9200 999
(Berhadapan TESCO Ampang)
Menu : Set Ramadhan MAPS 2
Harga : RM 35.00
Kehadiran: Aku & T






Tuesday, September 9, 2008

Berbuka Puasa @ At Home Décor ( Great Eastern Mall Ampang)

0 comments

Tarikh: 8 September 2008
Lokasi : At Home Décor ( Great Eastern Mall Ampang)
Menu : Promosi Berbuka ( Curry Fish + Ice Lemon Tea)
Harga : RM 15.99
Kehadiran: Aku & T







Berbuka Puasa @ IKEA

0 comments


Berbuka Puasa @ IKEA

Lokasi : IKEA (Food court bersebelahan showroom)
Harga : RM 15.90 (Hidangan buffet)
Tarikh: 3 September 2008
Kehadiran : Aku, Fadli, Acu, Isk, Azam dan Fared
Menu apa ni??? Hahahaha







Thursday, September 4, 2008

Makan-Makan @ Thai Fusion Seafood

0 comments

Dari Kiri: Zaim, Kak Sue, Kak Sheila, Ina, Adah
Belakang: Aku, Liyana





Minggu lepas ada majlis makan-makan bersama rakan-rakan sepejabat di Restoran Thai Fusion Seafood. Lokasi di perkarangan luar Plaza Alam Sentral Shah Alam. Ada beberapa orang staff yang akan berhenti tidak lama lagi. Jadi majlis ni seperti majlis farewell bagi meraikan mereka.

Kami tempah steamboat dan beberapa menu lain. Tapi tidak sempat untuk diambil gambar. Terlalu asyik makan mungkin. Cuma yang ada gambar-gambar kenangan bersama mereka.

Wednesday, September 3, 2008

Peristiwa I

0 comments


Sabtu 30 Ogos 2008
Sudah lama juga aku tidak pulang ke kampung. Sudah dua bulan. Lazimnya sebulan sekali adalah WAJIB untuk aku berbuat begitu. Sibuk kebelakangan ini. Cuti Merdeka lepas ambil kesempatan untuk pulang. Rehat tiga hari.

Kata Mak, janggal kalau anak bujangnya ini tidak balik. Dalam keluarga cuma dua orang lagi yang belum berkahwin. Aku dan adik bongsuku. Soalan “bila nak kahwin” dah bosan aku dengar. Rasa sengal juga anak telinga ni. Diasak soalan-soalan serupa bila berjumpa saudara-mara yang lain. Dalam hati ni memang nak kahwin sangat. Tapi belum ketemu jodoh barangkali. Mahu mencari pasangan yang ‘terbaik’ bukan mudah. Banyak kriteria yang perlu diambil. Mungkin aku ini, terlalu memilih barangkali.

Ahad 31 Ogos 2008
MERDEKA!!! Besar pengertiaannya. Bukan sahaja pada negara, diri juga perlu merdeka. Terasa juga ingin merdeka kan diri sendiri. Insyaallah aku cuba. Tentang apa? Biarlah aku seorang sahaja yang tahu.

Ada keraian malam itu di Bandar Tapah. Upacara bunga api dan macam-macam lagi. Aku tidak ikut serta melihat acara itu. Saat itu aku sedang diulit mimpi. Mimpi manis akan si ‘dia’.

Isnin 1 September 2008
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Bulan penuh keberkatan. Hari pertama berpuasa tahun ini agak meriah. Hampir seluruh adik-beradik pulang ke kampung untuk meraikan bersama-sama. Kesempatan kali ini, aku menawarkan diri untuk memasak untuk juadah berbuka. Aku memang ada bakat memasak juga. Bukan mahu angkat bakul, tapi memang itu lah kenyataannya. Menu berbuka hari itu ialah gulai daging, kerabu pakis, sambal udang galah, gulai nenas ikan masin, ayam masak merah, mee goreng ayam dan bubur durian. Memang banyak. Tapi puas hati sebab ‘balas dendam’ sudah lama tak memasak.

Hajat lepas berbuka mahu pulang ke Kota Lumpur. Esok perlu bekerja. Tetapi disebabkan terlalu penat dan mungkin perut yang penuh lepas berbuka, buat aku tidak sedap badan. Kepala pun pening-pening. Jadi terpaksa balik esok harinya selepas sahur.


Friday, August 29, 2008

0 comments


Bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

Ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik

Ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak dibiarkan berlalu
tanpa di sisi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir

Syukur pada Ilahi kerana ramadhan
masih sempat ditempuhi..