Thursday, January 29, 2009

Baru

0 comments

Sudah prinsip aku begitu. Suka berahsia sesuatu perkara dan amat sukar untuk aku kongsikan bersama teman-teman. Aku kira ini konflik pada diri aku sendiri. Tidak perlu dicanang kepada orang lain.

Bukan mudah untuk bercerita kepada orang lain. Melainkan kepada sahabat-sahabat yang rapat dengan aku. Namun pulangan pandangan tidak mampu merubah apa. Kadangkala aku tewas dek serangan emosi yang datang menyerang tanapa henti. Bukanlah aku mengharapkan kata pemutus dari setiap permasalahan itu. Sekurang-kurangnya ada buah pandangan yang boleh aku kutip sebagai pedoman.

Semalam, perbualan itu buat aku berfikir panjang. Ada juga kebenarannya. Ya, kebenaran ada di mana-mana. Yang penting dari hati sendiri. Mahu atau tidak sahaja. Sejujurnya aku perlu mencorak sesuatu yang baru. Jadilah diri sendiri dan fokus kepada yang utama. Itu rumusan yang dapat aku simpulkan.

Aku perlu lakukan sesuatu yang penting bermula saat ini. Untuk diri aku sendiri juga. Siapa yang akan kisah jika aku tersungkur dek perkara yang aku pasti tiada penghujungnya. Aku boleh lakukan. Yakin!

Tuesday, January 20, 2009

Boss & Gelaran

0 comments

Bagaimana rasanya bekerja di bawah manusia yang anda tidak suka. Tentu sukar rasanya. Itulah konflik terbaru yang perlu aku tempuh. Payah bagaimana sekalipun, kerja mesti tetap dilakukan.

Teringat tiga tahun lalu. Pertama kali bekerja selepas usai graduasi. Aku bekerja di sebuah syarikat yang di kira cukup besar juga. Kalau sudah begitu, tuntutan kerjanya juga melebihi daripada apa yang sepatutnya. Malah aku berikan komitmen 200% ketika itu. Sudahlah begitu, perlu bekerja dibawah naungan boss yang sangat garang dan kejam perangainya. Aku sifatkan garang dan kejam kerana, dialah satu-satunya pengurus yang paling ditakuti di syarikat itu. Sebut sahaja Mr Rajoo, siapa yang tidak kenal. Pelbagai gelaran yang tidak baik ada padanya. Semuanya gara-gara perangainya itu. Sudah pasti dia suka mengamuk tidak tentu pasal (meski disebabkan oleh satu kesalahan kecil), memaki pekerja (dengan kata-kata carut), mencari kesalahan setiap pekerjanya (sebagai modal untuk memaki dan mengherdik), tidak pernah mengakui kesalahan yang dibuat sendiri (akan menyalahkan orang lain disebabkan perkara itu), berlagak pandai dalam semua perkara (walhal tidak tahu langsung pun kerana tidak pernah ambil tahu tiap apa yang berlaku) dan bermacam perkara lagi tentang dirinya.

Malang sungguh aku. Dalam beribu orang yang berkerja di situ, aku diantara yang perlu bekerja dengannya. Kerjanya selalunya aku yang ambil alih, jika dia sibuk. Ada salah , aku lah orang pertama yang menerima hukuman itu (walaupun tidak ada salah tetap akan disalahkan). Begitulah setahun lima bulan aku disitu. Pengalaman itu cukup besar bagi aku. Bagaimana boleh bertahan untuk berkerja bersama manusia seperti itu. Bekerja dalam ketakutan dan stress. Aku angkat kaki disebabkan ada peluang berkerja ditempat yang lebih baik.

Hari ini aku menempuh perkara yang sama. Setelah bertahun berlalu, aku perlu bekerja di bawah seorang pengurus baru yang aku sendiri tidak berapa suka. Senarionya berbeza sedikit. Dia seorang perempuan, suka membebel, sangat bising di dalam pejabat, suka mengarah yang bukan-bukan, dan aku dengar suka cari gaduh juga. Pening juga aku bila begitu. Tidak tahu bagaimana cabaran yang akan datang. Aku fikir positif sahaja. Aku ketepikan segala permasalahan dan pandai-pandailah aku mengawal keadaan nanti. Kerja tetap kerja.

Moga semuanya baik-baik belaka nanti.

*Aku gelar Mr Rajoo ‘Anjing Hutan’ – Geram dan marah punya fasal
Harap-harap tiada gelaran untuk boss perempuan aku yang baru ini.

Monday, December 22, 2008

Gila Wayang

0 comments

Maraton! Begitulah aku sepanjang tempoh sebulan ni. Boleh dikatakan hampir kesemua filem baru tayangan di panggung sudah aku tonton. Aku biasa ke GSC Pavillion, Cathay Cineplexes, GSC Times Square dan sudah tentu MBO Ampang. Terakhir aku tonton cerita Histeria. Terkujat juga lah tengok cerita seram sebegitu. Berderau darah menahan takut. Kesian teman di sebelah aku. Minggu ini mahu tengok cerita Beverly Hills Chihuahua pula. Macam best ja.

Antara filem-filem baru yang sudah aku tonton: