Thursday, January 29, 2009

Baru

Sudah prinsip aku begitu. Suka berahsia sesuatu perkara dan amat sukar untuk aku kongsikan bersama teman-teman. Aku kira ini konflik pada diri aku sendiri. Tidak perlu dicanang kepada orang lain.

Bukan mudah untuk bercerita kepada orang lain. Melainkan kepada sahabat-sahabat yang rapat dengan aku. Namun pulangan pandangan tidak mampu merubah apa. Kadangkala aku tewas dek serangan emosi yang datang menyerang tanapa henti. Bukanlah aku mengharapkan kata pemutus dari setiap permasalahan itu. Sekurang-kurangnya ada buah pandangan yang boleh aku kutip sebagai pedoman.

Semalam, perbualan itu buat aku berfikir panjang. Ada juga kebenarannya. Ya, kebenaran ada di mana-mana. Yang penting dari hati sendiri. Mahu atau tidak sahaja. Sejujurnya aku perlu mencorak sesuatu yang baru. Jadilah diri sendiri dan fokus kepada yang utama. Itu rumusan yang dapat aku simpulkan.

Aku perlu lakukan sesuatu yang penting bermula saat ini. Untuk diri aku sendiri juga. Siapa yang akan kisah jika aku tersungkur dek perkara yang aku pasti tiada penghujungnya. Aku boleh lakukan. Yakin!

0 comments: